SINOPSIS
GALERI SEJARAH SK PARIT JAWA, MUAR.
Galeri bukan merupakan suatu perkara yang baharu. Kewujudan galeri
sejarah di sekolah-sekolah seluruh negara adalah selaras dengan garis panduan
dari Buku Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah dari Jemaah Nazir Jaminan
Kualiti dan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas bil 9/2011. Sejajar dengan arahan
ini, maka SK Parit Jawa, Muar telah membentuk jawatankuasa bagi menubuhkan
galeri sejarah di peringkat sekolah.
Galeri Sejarah SK Parit Jawa, Muar telah ditubuhkan pada tahun 2012.
Penubuhan galeri ini pada asalnya telah dicetuskan oleh gurui Sejarah Negeri
Joho besar pada masa itu iaitu Tn. Hj. Harun Bin Haris. Pada bulan Februari
2012, suatu jawatankuasa galeri telah ditubuhkan bagi pembentukan bilik galeri
sejarah sekolah. Gerak kerja dimulakan pada bulan yang sama oleh semua guru dan
kakitangan sekolah. Proses menyiapkan sepenuhnya sebuah bilik galeri mengambil
masa selama enam bulan.\=
Penubuhan bilik Galeri
Sejarah SK Parit Jawa, Muar ini adalah berlandaskan kepada objektifnya iaitu;
1. Melahirkan modal
insan yang baik dan cintakan negara.
2. Menanam sikap yang
berpengetahuan sejarah.
3. Mewujudkan lokasi
menyimpan khazanah sejarah sekolah, persekitaran dan negara.
4. Menyediakan suatu
tempat yang menjadi sumber rujukan murid dan masyarakat setempat.
Sehubungan dengan
objektif penubuhannya, maka Galeri Sejarah SK Parit Jawa, Muar telah
menyediakan paparan yang berkaitan dengan unsur sejarah yang sebahagiannya
adalah artifak. Antara tema yang terkandung dalam bilik galeri dan lorong
adalah berkaitan sejarah sekolah, sejarah tempatan, tokoh-tokoh negara dan
tempatan, sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan keunikan adat dan budaya
masyarakat setempat. Bilik galeri sejarah ini juga mempamerkan bahan-bahan
artifak yang mengandungi unsur sejarah. Bahan artifak ini telah memberi impak
yang besar dalam mengimbas memori suatu masa dahulu selain memberikan info yang
menarik kepada pengunjungnya.
Di awal penubuhan,
Galeri Sejarah SK Parit Jawa telah menyertai pertandingan sebanyak dua kali
pada tahun 2012. Galeri sekolah ini telah menjuarai pertandingan di peringkat
daerah sehingga melayakkan untuk bertanding di peringkat negeri. Pada
pertandingan tersebut, Galeri sejarah sekolah ini telah diumumkan manjadi johan
peringkat negeri Johor pada tahun yang sama. Galeri ini juga sedang dalam usaha
penambahbaikan dari semasa ke semasa sebagai persediaan untuk ke peringkat
seterusnya.
Diharapkan kewujudan
galeri sejarah ini memberikan suatu kesan yang baik kepada murid-murid dan
pengunjungnya kerana sejarah tidak akan mati, ia akan terus hidup dan bernyawa
malah sejarah itu akan berulang sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita.
Gambar bangunan asal era penubuhan sekolah dan foto
kenangan guru-guru.
Informasi dan pengetahuan
yang sangat berguna kepada murid-murid
0 ulasan:
Catat Ulasan