Sinopsis Galeri Sejarah SK Parit Jawa,Muar.

Author: SK Parit Jawa Muar /

SINOPSIS GALERI SEJARAH SK PARIT JAWA, MUAR.

Galeri bukan merupakan suatu perkara yang baharu. Kewujudan galeri sejarah di sekolah-sekolah seluruh negara adalah selaras dengan garis panduan dari Buku Panduan Pengurusan dan Pengajaran Sejarah dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti dan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas bil 9/2011. Sejajar dengan arahan ini, maka SK Parit Jawa, Muar telah membentuk jawatankuasa bagi menubuhkan galeri sejarah di peringkat sekolah.

Galeri Sejarah SK Parit Jawa, Muar telah ditubuhkan pada tahun 2012. Penubuhan galeri ini pada asalnya telah dicetuskan oleh gurui Sejarah Negeri Joho besar pada masa itu iaitu Tn. Hj. Harun Bin Haris. Pada bulan Februari 2012, suatu jawatankuasa galeri telah ditubuhkan bagi pembentukan bilik galeri sejarah sekolah. Gerak kerja dimulakan pada bulan yang sama oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Proses menyiapkan sepenuhnya sebuah bilik galeri mengambil masa selama enam bulan.\=
Penubuhan bilik Galeri Sejarah SK Parit Jawa, Muar ini adalah berlandaskan kepada objektifnya iaitu;
1. Melahirkan modal insan yang baik dan cintakan negara.
2. Menanam sikap yang berpengetahuan sejarah.
3. Mewujudkan lokasi menyimpan khazanah sejarah sekolah, persekitaran dan negara.
4. Menyediakan suatu tempat yang menjadi sumber rujukan murid dan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan objektif penubuhannya, maka Galeri Sejarah SK Parit Jawa, Muar telah menyediakan paparan yang berkaitan dengan unsur sejarah yang sebahagiannya adalah artifak. Antara tema yang terkandung dalam bilik galeri dan lorong adalah berkaitan sejarah sekolah, sejarah tempatan, tokoh-tokoh negara dan tempatan, sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan keunikan adat dan budaya masyarakat setempat. Bilik galeri sejarah ini juga mempamerkan bahan-bahan artifak yang mengandungi unsur sejarah. Bahan artifak ini telah memberi impak yang besar dalam mengimbas memori suatu masa dahulu selain memberikan info yang menarik kepada pengunjungnya.

Di awal penubuhan, Galeri Sejarah SK Parit Jawa telah menyertai pertandingan sebanyak dua kali pada tahun 2012. Galeri sekolah ini telah menjuarai pertandingan di peringkat daerah sehingga melayakkan untuk bertanding di peringkat negeri. Pada pertandingan tersebut, Galeri sejarah sekolah ini telah diumumkan manjadi johan peringkat negeri Johor pada tahun yang sama. Galeri ini juga sedang dalam usaha penambahbaikan dari semasa ke semasa sebagai persediaan untuk ke peringkat seterusnya.  

Diharapkan kewujudan galeri sejarah ini memberikan suatu kesan yang baik kepada murid-murid dan pengunjungnya kerana sejarah tidak akan mati, ia akan terus hidup dan bernyawa malah sejarah itu akan berulang sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita.


Gambar bangunan asal era penubuhan sekolah dan foto kenangan guru-guru.



          
Sebahagian artifak yang memberikan info selain menarik perhatian





Informasi dan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid


0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini